Rabu, 07 Juli 2010

"Menikmati" Kelakuan Orang Bodoh

Menyikapi orang bodoh tentu berbeda dengan menyikapi orang cerdas, orang cerdas ketika diperingatkan dari sesuatu tentu paham walaupun dengan isyarat, sedangkan orang bodoh kadang walaupun dengan beribu-ribu kata dia tetap tak paham, apalagi sekedar dengan isyarat.

Pernah suatu hari saya masbuk (tertinggal) dalam shalat jamaah. Ketika imam salam, tentu saja saya berdiri lagi untuk menyempurnakan rakaat shalat yang tersisa. Ketika sampai di duduk tahiyyat, tiba-tiba makmum yang ada disamping saya ingin lewat di depan saya. Saya halangi dengan tangan karena mengamalkan hadits nabi,“Jika salah seorang diantara kalian shalat, hendaklah shalat menghadap sutrah(pembatas,apakah itu orang, tembok,dan semisalnya) dan hendaklah mendekat padanya dan jangan biarkan seorangpun lewat antara dia dengan sutrah. Jika ada seseorang lewat di depannya maka perangilah karena dia adalah syaithan.” (HR. Ibnu Majah)

Tapi ajaibnya orang ini bukannya paham, ia malah terus berdiri memandangi saya, seolah-olah tak suka dengan apa yang saya perbuat. Karena saya tetap menghalanginya lewat depan saya, akhirnya ia pun tak jadi lewat di depan saya tapi lewat belakang saya sambil mendorong punggung saya! Aneh tapi nyata! Saya hanya husnuzhon mungkin orang ini jahil/bodoh terhadap hukum-hukum shalat, makanya ia tak paham ketika saya menghalanginya lewat di depan saya.

Selain itu termasuk dari karakteristik orang jahil/bodoh adalah emosinya mengalahkan logikanya. Saya dan teman saya atau mungkin kita semua yang sudah belajar ilmu syar'i/agama mungkin suatu ketika pernah menasehati atau mengingatkan orang bodoh akan kesalahannya. Tapi alih-alih menerima nasehat, eh malah emosi dan marah-marah, padahal kita sudah menasehatinya dengan cara yang baik dan lemah lembut, tapi memang itulah karakteristik orang bodoh, emosinya mengalahkan logikanya.

Kalau begitu apa sikap kita kepadanya? Emosi dan marah juga? Wah, kalau kita marah juga berarti kita dengan dia tak beda dong, sama-sama bodoh! Orang bodoh dengan segala tingkah lakunya yang kurang beradab memang kadang membuat kita jengkel, tapi kadang pula mengundang gelak tawa kita. Itulah "hiburan" kita, makanya anggap saja itu kesempatan untuk melatih diri kita agar menjadi orang yang bijak dan sabar. Lebih baik kita mencontoh saja apa yang dicontohkan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dalam menyikapi orang-orang bodoh.

Disebutkan dalam Shahih Bukhari dan Muslim, bahwasanya Anas Bin Malik radhiyallahu 'anhu pernah menyertai Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dalam suatu perjalanan. Ditengah perjalanan, beliau berpapasan dengan seorang A'raby (arab gunung), tiba-tiba A'raby ini menarik samping baju Rasulullah shallallahu alaihi wasallam dengan keras. Saking kerasnya tarikan A'rabi tadi sampai membekas di bahu beliau. Kemudian A'raby ini berkata, "Wahai Muhammad berikanlah aku harta Allah yang ada padamu!" Maka bagaimana sikap beliau? Marah dan memaki-maki A'raby tadi? Ternyata beliau tersenyum kemudian memerintahkan Anas untuk memberinya harta!

Mengapa beliau tidak marah dan membalas kelakuan A'raby yang kurang beradab tadi? Apakah beliau takut? Tentu tidak. Beliau orang yang paling berani dibandingkan sahabat-sahabatnya dan beliau juga tidak pernah takut kepada siapapun kecuali kepada Allah. Bisa saja beliau membalas, tapi demikianlah sikap beliau dalam menghadapi orang bodoh, yaitu memaafkan, sabar dan bijaksana tak mudah terbawa emosi.

Begitu pula para sahabat radhiyallahu 'anhum, mereka meneladani beliau dalam hal ini,di antaranya sahabat mulia Umar Bin Khaththab radhiyallahu anhu. Disebutkan dalam Shahih Bukhari pernah ada seseorang yang ingin menemui Umar radhiyallahu 'anhu, dan ketika itu Umar radhiyallahu 'anhu telah menjadi khalifah, maka beliaupun mengizinkannya. Tatkala sudah ada di hadapan Umar radhiyallahu 'anhu orang itu berkata, "Heh, Ibnul khaththab, demi Allah kamu tidak memberikan kepada kami pemberian yang banyak dan tidak pula adil dalam memberikan keputusan di antara kami!"

Perhatikan "kesopanan" orang ini, dia memanggil Umar Bin Khaththab dengan panggilan yang kurang beradab yaitu ibnul khattab, bukan dengan panggilan kehormatan, kemudian dia juga membentak-bentak beliau di depan orang-orang, padahal ketika itu beliau adalah seorang pemimpin atau kepala negara.

Lantas apakah beliau marah? Ya jelas marah, diperlakukan tak sopan seperti itu. Beliaupun ingin memukulnya, akan tetapi tatkala beliau hampir memukulnya, berkata sahabat beliau yaitu Al-Hur Bin Qais kepada beliau, "Wahai amirulmuminin (panggilan kehormatan untuk khalifah ketika itu), sesungguhnya Allah berkata kepada Nabi-Nya, 'Ambillah sikap maaf, perintahkanlah yang maruf dan berpalinglah dari orang-orang bodoh.' (Al-A'raaf : 199) dan orang ini termasuk orang-orang bodoh."

Maka bagaimana sikap Umar radhiyallahu 'anhu? Beliaupun mengurungkan niatnya untuk memukul orang bodoh tadi setelah mendengar ayat itu. Subhanallah!

Demikianlah sikap orang-orang terbaik umat ini. Lantas bagaimana dengan kita? Siapkah kita meneladani mereka? Atau kita tetap marah, pusing dan stress memikirkan kelakuan "aneh" orang-orang bodoh? Kalau kita siap, mari kita "nikmati" saja kelakuan mereka, semoga Allah memberikan kepada kita pahala yang melimpah dari-Nya....

Sumber : http://www.eramuslim.com/oase-iman/anung-umar-menikmati-kelakuan-orang-bodoh.htm

Minggu, 27 Juni 2010

Dajjal

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.


Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (yaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
- Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.

Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begituj uga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R Ibnu Majah
- Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:

Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
- Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:

Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini? Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam yaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
- Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:

Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Sumber : http://beatyourdreams.multiply.com/journal/item/951/Siapakah_Dajjal_

Selasa, 22 Juni 2010

YANG MANA SATU??

Di suatu padang pasir yang panas terik, bermulalah perjalanan musafir seorang ayah dan anak lelakinya dengan seekor unta sebagai kenderaan mereka. Dengan hanya ada seekor unta, maka mereka terpaksa mengenderaainya secara bergilir.

Anak yang soleh itu pun mempersilakan ayahnya untuk naik ke atas unta mereka. “Wahai ayahku, naiklah dan biarkan aku yang berjalan kerana aku lebih muda dan bertenaga berbanding ayah.” Maka sang ayah pun naik dengan perasaan bangga terhadap kebaikan anaknya.

Perjalanan mereka diteruskan sehingga melalui sebuah perkampungan. Orang-orang di situ memandang mereka berdua dengan pandangan yang sangat pelik dan tidak puas hati.

“Ya syaikh, apa ini?! Kamu membiarkan anakmu yang berjalan sedangkan kamu enak-enak saja di atas unta itu,” kedengaran suara seseorang yang begitu tidak puas hati melihat situasi itu.

Si ayah merasa malu. Dengan perasaan serba salah, maka dia pun turun dari unta itu.
“Wahai anakku, sudah kau dengari bukan? Sekarang, naiklah dan biarkan aku yang berjalan kerana aku ini ayahmu yang sepatutnya melindungimu. Naiklah.” Si ayah bernada lembut.

Maka sang anak pun naik dengan perasaan yang terharu atas keprihatinan si ayah. Perjalanan mereka pun diteruskan sehinggalah mereka melalui sebuah lagi kampung yang lain. Ternyata, di kampung itu juga, mereka dipandang sinis dan pelik sekali lagi.

“Hai anak muda! Sungguh, perbuatanmu sangat-sangat tidak bermaruah dan zalim. Apakah kau tidak kasihan akan ayahmu yang sudah tua itu, berjalan kaki sedangkan tubuhmu yang muda dan segar itu ditampung oleh unta ini?”

Si anak jadi sedih mendengar herdikan itu lalu ia pun turun dengan penuh rasa simpati. Nah, jadi…yang mana satu ini? Mana yang seharusnya diambil? Waduh, bikin pening ni! Akhirnya, sang ayah dan anak pun sama-sama berjalan kaki kerana tidak tahu yang mana satu harus mereka ikuti.

Perjalanan pun diteruskan sehinggalah mereka melalui satu lagi kampung yang lain. Nah lagi, orang-orang di situ tersenyum-senyum sinis dengan lirikan mata yang mengejek.

“Wahai si tua dan anak muda, apakah kamu berdua ini tidak punya otak? Atau kamu berdua ini sakit? Kamu kan punya unta sebagai kenderaan. Mengapa tidak dinaiki?”

Sang ayah dan si anak lalu berpandangan sesama mereka dalam kebingungan.

NB:
Saat keduanya kebingungan, maka mereka pun menaiki unta tersebut dengan bersamaan. Di jalan ada sekelompok orang yang sedang melakukan perjalanan, dan di sapalah ayah dan anak ini. "Hai, mengapa kalian ini begitu tega dengan unta yang kalian tunggangi, lihat unta itu sungguh terlihat lelah dia, kalian malah menungganginya bersamaan."


Begitulah saudaraku sekalian,
Kita tidak akan dapat memuaskan hati setiap orang. Dalam mencari yang mana lebih sesuai itu sulit sekali. Begitu juga dengan amal. Untuk melakukan kebaikan itu pasti akan ada orang yang mengata dan tidak berpuas hati dengan kita. Namun ingatlah, jika kau melakukan sesuatu kerana selain Allah, itu syirik. Dan jika kau meninggalkan sesuatu kebaikan kerana manusia, itulah riak kepada Allah. Maka, lakukanlah segala sesuatu itu hanya kerana Allah. Lakukanlah hanya kerana mengharapkan ridho Allah dan untuk mendapatkan pahala dari Allah. Dan itulah keikhlasan sebenar.

Bila ada orang mengatamu, maka kau harus senyum dan ceria selalu. Kerana apa? Kerana kita rupanya sedang mengambil pahala dari orang tersebut. Jadi, kenapa harus sedih? Betul?

Jadilah kamu tentera fikrah dan akidah tapi janganlah jadi tentera manfaat dan maslahat. Semoga setiap amal kita terhias rasa ikhlas tanpa ada yang menjadi dasarnya melainkan Allah. Wallahu’alam.


Sumber : http://night16.multiply.com/journal/item/245/YANG_MANA_SATU